Skip to main content
Dreaming Day .
slurpppp !! aaa , dh lama tak menikmati mee segera a.k.a maggie ni , haih .hujan ii , sejuk ii pekena dgn sup panas dgn mee , haih terliur ! aku beli sebab dkt rumah mak tk masak , tak sempat , bgun ii terus bersiap pergi kerja , tu yg aku lambat ke sekolah , okay naa malas nak masak ~ nak kata reti , setakat goreng telur makan pun jadila , tapi haihh malasnya terlebih harinie , aku pun tak tahu , nasib bawa duit lebih tadi :3
hari yang sungguh indah ! *sgt .
aku terlampau kusut masa geo tadi , aku tak tahu apa dh jadi smpai band 2 aku tk lepas ii lagi , kwn ii yang lain dh smpai band 6 , ah mesti sebab aku pernah tk datang , now baru faham , knpa diorang asyik kata pbs tu leceh , sebab aku dh kene dah , baru tadi :3 , 5 orng pelajar dh mcm tikus cari mkanan dekat rak buku , ya allah , ckgu dlm blik guru tu dh musykil je , haha , pbs punya psl smpai cari kertas yg terselit dkt celah ii rak buku , finally jumpa lah jugak walaupun tk semua .
okay hambar , haha sebab aku yg typing pun mula rasa bosan .
inilah penghujung tahun , abng dh nak spm , cuti sekolah tahun nie dah nak mula , tinggal beberapa hari je lagi , cikgu rubinah pula nak besara tktahula bila majlisnya , everything mybe changed next year , aku taktahu ..
aku taktahu aku berkedudukan dimana tahun depan , aku tk dapt agak ,
tak kisahlaa , aku nak habiskan waktu nie , habiskan waktu hujung ii tahun ni dgn gelak tawa , suka , taknak sedih , duka .
dekat kelas tadi pelajar perempuan kemain ahh >< setiap pelajar novel dkt tgn memasing termasuk aku , aku bawa tiga novel termasuk buku "champak" 2 novel "PA untuk dia" dgn "Bila Hati Dah Suka" aku bagi dekat kawan , aku menghadap cerpen by khairulnizam bakeri tu jela , last cerpen iaitu "gerabak" okay dah habis baca buku tu semua , fixi make me crazy u.u haha ! please lah jual buku fixi yg bnyk dkt freedom tu lagi , aih
habis baca cerpen , aku tk tahu nak buat ape , sumpah nokharom , lahanat ! bosan nak mampuih !
berangan dreaming ntah pape , haha , "always dreaming naaa" bak kata faa , aku selak buku champak , puisi ii yg belum aku baca , okay sumpah ada something dlm buku tu menusuk hati aku , tapi aku tempis perasaan tu , aku taknak ingat , malah aku taknak kisah , siapa peduli ? kisah lama , bukurun dh buat apa nak ingat balik ?
ramai yg keluar dari kelas harinie , sebab urusan tertentu , cikgu pun tk bnyak yg ada , aku teruskan lamunan aku , siap nyanyi bagai lagu imneeta "kau pergi jua" smbil ketuk ii meja , mybe slow , takan nk karok dlm kelas -,- , aku nyanyi tu aku pndang kiri , aku lentukkan kepala aku atas meja , pejam mata , mulut kumat kamit nyanyi , jari jemari gatal bergerak ii atas meja membuat bunyi ketukan , mata aku celik semula , aku pandang satu sudut , aku tenung lama , tanpa sesiapa perasan , aku tenung , jelmaan seorang , dgn tgn bergerak ii , mata tertumpu pada catatan , mulut tertutup , kemudian tgn dibelai ke kepala , mungusap ii rambutnya , dlm hati tercetus "sayangnya kau ni hmmm , sempurna tapi .... haih kau okay tk nanti?"
aku tahu orang tu takkan perasan sebab dia tgh fokus ,
lagi satu , aku letakkan legan ke atas meja bagi menghalang pandangan , kat situ lah aku curi ii tenung ! orang sangka aku tidur , tapi haha sambil menyelam minum air !
aku bingkas bgun , betulkan tudung yg berkelepet ii , tarik hujung tudung , lipatkan sedikit kedalam , biarkan seketika , lantas aku buka lipatan tu balik , sebab mcm tak kene , tk selesa . aku letakkan kepala aku lagi di atas meja , kali ni memandang faa , fokus betul minah nie baca novel :3 smpai aku pun tk dipandangnya haha , tak lama lepas tu , angin kuat , langit kian gelap , menakutkan , sejuk ! pintu berdentum kuat disebabkan angin , hujan lebat turun , kilat sambar menyambar , ya allah lebat sgt hujannye nie , haihh ,
aku pejam kan mata , cuba tidur , tapi gagal , kilat menyebabkan aku takut nak tidur ,
aku nyanyi , haaa smbil hujan lebat tu aku nyanyi , disebabkan hujan lebat , bunyi suara mungkin tk dpt dgr , aku nyanyi lagu "titanium" by david guetta feat sia , jari sudah sedia untuk ku ketuk mengikut alunan muzik , sedap juga suara aku mase tu hahaha masuk bakul angkat sendiri yee naaa , haha , alaa sementara nak hilangkan bosan , tk salah skali skala nyanyi ~
bila waktu pulang ? hujan membuatkan aku lapar ,
perut sudah bekeroncong sejak tadi , yelaaa rehat aku tk makan , cuma makan waffer minum air lemon tea , mana nya tk sakit perut :3 , aku suka tk makan waktu rehat , padahnya selalu sakit perut , haaa kan dah kene , bila orng tanya "knpa tk mkn" , aku selalu jawab "malas" , aihh tapi mmng malas pun , kelas jauh dari kantin satu hal , makanan yg sama pun satu hal , sebab tu sanggup aku tahan smpai pkul 2 .
perut ku biarkan kosong , tkpa sekejap lagi balik ,
aku teruskan dreaming aku , bnyk benda aku fikir , aku fikir tentang aku , aku fikir tentang masa depan aku , aku fikir tentang rakan aku , aku fikir tentang club music aku , termasuk aku fikirkan orang yang salalu mencelah dlm mimpi aku , yang selalu aku tunggu , yg selalu buat jiwa aku ghairah , yang selalu bikin aku tk tentu hala , siapa lagi klau bukan dia . aku berangan , mengelamun , smbil kepala diletakkan di atas meja .
pertama kali kene bahan dgn cikgu dpn ii , ahh sumpah bengang + malu , nasib tu cuma ckgu fad , aku tk ambil hati , mungkin cikgu bergurau , tapi usikan cikgu tu buat aku bengang lah , dgn disokong oleh ketua kelas aih , mmng dia kaki bahan !
---------------
plan jamuan akhir tahun untuk kelas 3 maliki , semakin beres !
somebody , dh ckp dkt guru kelas , cikgu pun kata okay :) , cuma uruskan tarikh , dan duit , me as a bendahari bertanggungjawab laksanakan tugas , ahh muak aku dgn duit ii kelas ni..
----------------
malam tadi mood aku hilang , pkul lapan on wechat , kemudian instagram ,
satu chat terpapar di skrin , *andyka asyraf sent a image * , wah laju je aku buka , tak sangka dia online , mmng aku tunggu dia pun selama nie , kemudian aku balas , aku tunggu saat bunyi *bip* di telefon menandakan dia balas chat aku .. 5 minit , baru berbunyi , pantas aku type di keypaid phone , dan aku tunggu , 15 minit , berbunyi , aku balas , tapi semakin lama semakin hambar . ibu datang , ok faham skng masa untuk ibu pegang phone , aku beri phone pada ibu , 20 minit bunyi bip di telefon , aku mengintai , hah baru dia balas , okay faham , aku tk boleh rampas phone dari ibu , nak taknak kene tunggu ibu lepaskan phone , maklumlah itu bukan phone aku . hati sedikit kecewa , knpa baru sekarang ? aku tunggu lama , kau buat apa ? itu yg bermain difikiran aku , aku tepis perasaan tu , aku biar , 30 minit , bunyi bip lagi dan lagi , aku mengintai lagi , *arif sent a chat* , *3 maliki kingdom sent a chat* , aku biar , mungkin tk penting , 1 jam , ibu lepaskan phone , cepat ii aku capai , aku buka yg penting dulu , dlm hati tk sabar , gopoh ! bila dh buka aku terus hambar , 20 minit , dgn satu perkataan beserta emoji , pehhhhh ! darah aku menderu laju , nafas ku tersekat ii , hati bergelora , perasaan tk terkawal , aku faham , aku tgh sakit hati , aku tutup , lalu aku balas chat arif , tk lama , 3 chat aku hanta lepas tu biar , chat yg tadi aku hanta gamba , kemudian sent a chat . terus ku tutup wechat . aku faham , perasaan aku tk dpt dikawal , aku geram , fikiran aku caca marba.
------------------
everything akan berubah , bnyk persediaan , kenangan dah ada ,
memori sudah tercipta , gambar semua ada , cuma harus dibelikan kotak untuk disumbatkan segala memori kedalamnya , bulan depan hari ketuaan aku , hari jamuan akhir tahun , penghujung waktu persekolahan .
aihh , rancangan untuk bercuti semua dh siap plan , tunggu abng habis spm . aishh tashabarnyee !
-----------------
kau terlalu sempurna , kau dgn aku tkde chemistry ,tapi kau tetap nk teruskan ,
kenapa ? apa yg aku ada ? aku banyak buat silap , aku banyak sakitkan hati kau , aku nak pergi tapi kau genggam aku erat , buat aku lemah . haih smpai waktu kene juga , tk boleh terus mcm ni , bukan aku sepatutnya ada dgn kau , sebab kau terlalu sempurna ...
----------------
lamunan terhenti , aku berhenti berangan , aku angkat kepala , nmpak budak sebelah bekeliaran keluar dari kelas , okay waktu solat , hujan dah reda , smpai mana aku dreaming tadi ? hahaha ! jauh betul , aku tengok faa , dia dh tutup novel , masing ii kemas beg , orang yg aku tenung tadi duduk sndar pada kerusi , tenang . dia menguap , okay dia tidur tadi , cikgu bingkas bgun dari kerusi lalu keluar , aku meregangkan kaki kemudian bgun , terus ke surau , ceria kembali , senyum .